Saturday, December 11, 2010

12W

Minggu ni dah menghampiri 12 minggu. kalau nengok kat babycenter.com.Perkembangan baby dah setakat ni:

Your baby is now fully formed, from toothbuds to toenails and measures about the length of your thumb. Her fingers and toes have separated and some of her bones are beginning to harden. Over the next six months your baby's main task will be to grow larger and stronger, fit for survival outside the womb.

Dah besar baby mama.dah rasa mengeras n nampak membuncit perut mama (sebelum pregnant dah bunci sikit.huhuhuh).

Masalahnya sampai hari mama still takder masa nak pi checkup n bukak kad. Marah la misi nanti kalau pi lambat.oghe kelate kata 'nati misi bobey'.

Hari rabu pagi ni nak cuba curi masa pi jugak klinik.bimbang juga lambat-lamat pi klinik walaupun ini pengalaman nak masuk yag ketiga dah.

Semoga baby kat dalam sihat,sempurna dan membesar dengan baik.

Friday, November 26, 2010

Anakku Sudah Pulang

suka suka suka......anak-anakku sudah pulang
rumah kembali happening dengan jerit tempik aku, teriak tangis &ketawa dorang.

Aku sampai umah PIL semalam dalam kul 9 lebih.si adik dah mandi,si abang belum. Terus haris mintak aku mandikan dia. Masa mandi tu aku tanya la haris nak balik tak (kalau dak MIL aku dengar.heheheeheh). Mula-mula mamat tu cakap taknak. Aku pun cucuk jarum. Kalau abang balik, nanti mama bawak haris pegi KFC, Pi playground, pi nirwana (shopping kompleks area kubang kerian). Terus mamat tu angguk.tak sabar-sabar nak balik.

Lepas bersiap pakai baju, makan-makan kejap. Aku macam ralit lagi bersembang ngan ipar-duai. Sekali mengamuk daaaa itu duo sebab nak balik. Maka harussslaaa mak angkat montot tanpa berlengah lagi.heheeeheh.

Oleh kerana dah rindu sangat....maka mak dengan senang hati memasak menu lunch feveret dorang: sayur lemak letak udang dan soo hon.perghhhhh...sampai hirup-hirup kuah sayur tu. Tu anak kecik lagi.besok anak dah dok hostel, dah kerja dah kahwin,,,dok jauh...macam mana laaa???

Hari ni pepagi dah tuntut dah pi KFC.huhuhhuhuhu.sebab dah janji so bawakla budak berdua tu pi KFC & nirwana (nak beli kit kat jerkkk si haris). Dorang sangat happy...maka mama lagi happy. :)

Wednesday, November 24, 2010

R.I.N.D.U


alahaiiiiiiiiiiii....rindunya kt budak berdua ni.
Besok mama pergi amik abang & adik k.

kecik ati

Aku punya anak teruna dan anak dara ada kat rumah PIL.bukan aku saja-saja anta depa balik kampung sebab cuti sekolah.tapi depa yang taknak ikut aku balik coz kat rumah PIL aku ramai sepupu sepapat dia yang meriuh-rendahkan suasana. Lagi satu adik ipar aku yang bongsu suka sangat melayan depa. pagi petang start motor terus bawak pi pantai belakang rumah PIL.manala budak berdua tu tak suka.

K...aku mula2 rasa sedih jugak nak tinggalkan budak berdua.tapi bila difikirkan tinggal ngan mak aku kat rumah lagi la depa boring..so mak pujuk hati hokay!!! Depa dok sana start hari Isnin. Makanya tiap-tiap hari la aku dok telefon tanya kabar.tapi depa taknak cakap ngan aku.Tapi sebelum tu memang MIL aku tanya la nak cakap ke dak ngan mama.

Pagi tadi....aku call lagi.MIL aku cakap H&H tengah makan jemput-jemput. Aku kata, tanya haris & hanis dia nak cakap ngan mama tak. Tak sempat tanya dorang, terus MIL aku jawab "taknak cakap ,semalam pun taknak cakap". Zuppppp...tersentap...terus aku say babai. Sambil bawak keta terus berjurai-jurai air mata. Adakah aku yang emo????ke sebab pembawakan budak jadi sensitip.huhuhuhuhhuu.

Besok...pagi-pagi hari aku nak berangkat pi amik budak-budak tu.

Friday, November 19, 2010

Terjun paya

Suatu hari di hari raya
Anak saya terjun paya'

huhuhhuhuuhhu.nasib panjang umur, kalau tidak menangis tak berlagu la mama.

Alkisahnya hari raya kami join majlis qurban anjuran Yayasan Keluarga.Majlis selesai agak petang, kul 2.30 .Yalah nak tumbangkan 8 ekor lembu, dengan macam2 ragam lembu,ada yang terlepas sampai 10km. Jenuh mengejar.Alih-alih jumpa lembu tu tengah lepak dengan dua ekor lembu betina. Alahaiii..depa yang urus lembu ni tak kasi selesai hajat lembu ni dulu ke sebelum nak buat korban.ngehngehngeh.

Berbalik citer terjun paya, Dah balik sampai rumah 2.30ptg, dah solat semua, masing-masing keletihan.Aku pon dah tak sabar nak merebahkan diri di tilam yang tak berapa empuk kat bilik.Masalahnya anak teruna & dara aku tu macam ditongkat-tongkat pulak kelopak mata diorang.taknak tido. Dah nak tido, skali dorang mintak scramble egg+ kicap (ni memang feveret dorang). Masa dorang tengah makan, aku pun tinggal ler budak berdua tu kat dapur masuk lam bilik nak tido balik. Ala-ala lena gitu, skali aku dengar budak nangis. Sekali dengar bukan suara budak berdua, dua kali dengar, Ya Allah, tu suara hanis.Apalagi berlari ke dapur.tengok-tengok mak aku tengah dukung hanis dengan lumpur sampai paras dada. Si haris, memnagis tak keluar suara.Terkejutla tu tengok adik terjun paya!

Mak aku terus mandikan, bawak naik kat rumah, bagi susu terus lena. Uiks calar balar habih muka anak dara aku tu. Sikit lagi nak kena mata.aku rasa kena ranting kayu. Kalau diingat memang ngeri sebab paya tu ada air dan agak dalamsebab sekarang musim hujan. Nasib dia jatuh tempat yang ada tebing. kalau dak..........taktau la apa lagi.

Abang haris dok terjelepok kat tepi tiang nangis berjurai-jurai air mata. Mesti rasa bersalah sebab dia yang bukak selak pintu dan bawak hanis pi main tepi paya tu. Samapi demam-demam dia terkejut tengok adik jatuh. Adik ok jerk, takder pulak demam.

Petang raya tu bapak dorang baru sampai. Siap sound aku '' mujur cerita tak masuk lam berita malam ni". (maksudnya kalau jadik apa2 kat hanis). hermmm...Nauzubillah.

Nota kuku: Memang tokleh ralit ngan dorang ni.panjang jer akal.huhhuhuuh


Monday, November 15, 2010

POSITIF

Alhamdulillah......kami sudah bersedia...H&H pun nampak sudah bersedia. Allah pun telah mengabulkan permintaan kami

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Minggu ini sudah masuk 7 Weeks :).Saya tak sabar untuk meniti hari-hari bahagia seterusnya.baby duduk baik2 yer dalam perut mama.abah, abang haris n kak hanis tak sabar nak tengok baby.sampai masa kita jumpa k.

Sunday, November 14, 2010

Doa Melembutkan Hati Anak

Semenjak PJJ selama 2 tahun tugas mengasuh dan mendidik anak-anak semakin mencabar. Haris dengan peel manja dan mengada2.Hanis pulak ganas.Memang tak boleh duk dekat la dua beradik ni. Dorang bukan apa, seolah-olah memberontak mahukan perhatian. Sampai aku rasa stress yang amat sangat. Satu hari sms Mr. Hubby " Abang, tolongla, bagi la ayat apa2 nak baca kat budak2,dah tak larat sayang nak handle budak berdua.huhuhhuhu"

Dia jawab:

Masa diorang tidur baca Al Fatihah, 3 Qul,, Ayat Kursi dan Surah Taha Ayat 1-6.Hembus kat ubun-ubun atau kat hidung.

Maka bermula malam itu.aku start amal dan buat masa diorang tido di samping ayat -ayat Quran lain untuk lembutkan hati dorang.Antaranya:


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Alhamdulillah,semenjak aku amal, nampak ada perubahan.Takdela nampak 'keras' sangat budak berdua tu dan senang nak handle dan memang jadi qurratu a'yun.


Nota kuku: Agak terkilan sebab lambat dapat ilmu dan amal menda ni.sepatutnya amalan2 baik bukan diamalkan semasa tengah mengandung sahaja tapi perlu berterusan.