Sunday, November 14, 2010

Doa Melembutkan Hati Anak

Semenjak PJJ selama 2 tahun tugas mengasuh dan mendidik anak-anak semakin mencabar. Haris dengan peel manja dan mengada2.Hanis pulak ganas.Memang tak boleh duk dekat la dua beradik ni. Dorang bukan apa, seolah-olah memberontak mahukan perhatian. Sampai aku rasa stress yang amat sangat. Satu hari sms Mr. Hubby " Abang, tolongla, bagi la ayat apa2 nak baca kat budak2,dah tak larat sayang nak handle budak berdua.huhuhhuhu"

Dia jawab:

Masa diorang tidur baca Al Fatihah, 3 Qul,, Ayat Kursi dan Surah Taha Ayat 1-6.Hembus kat ubun-ubun atau kat hidung.

Maka bermula malam itu.aku start amal dan buat masa diorang tido di samping ayat -ayat Quran lain untuk lembutkan hati dorang.Antaranya:


SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.

(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Alhamdulillah,semenjak aku amal, nampak ada perubahan.Takdela nampak 'keras' sangat budak berdua tu dan senang nak handle dan memang jadi qurratu a'yun.


Nota kuku: Agak terkilan sebab lambat dapat ilmu dan amal menda ni.sepatutnya amalan2 baik bukan diamalkan semasa tengah mengandung sahaja tapi perlu berterusan.




1 comment:

  1. aku pon kena gak amalkan surah2 melembutkan hati anak2.. dhea dgn hadif pon same mcm H&H.. takleh jumpa, mesti gado.. klu jumpa baik pn sekejap je la..

    ReplyDelete